1.1 Faktor Reka Bentuk
Riveter
Stapler Gun
Cordless Screwdriver
Sander
1.4 Proses Reka Bentuk
1.4.1 Lukisan Projek
- Fungsi - Haruslah dapat menyelesaikan masalah serta memenuhi kehendak dan keperluan pengguna
- Rupa Bentuk - Mestilah tepat, menarik, dan mempunyai saiz yang sesuai
- Kesesuaian Bahan - Bahan yang dipilih mestilah tepat, sesuai dengan fungsinya dan tidak melebihi kos yang telah diperuntukkan
- Kaedah Pembinaan - Mestilah tepat, sistematik, dan mudah supaya reka bentuk yang sempurna dapat dihasilkan
- Ketahanan - Dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakan produk
- Kos Produk - Mengambil kira kos bahan, kos overhed, dan kos upah serta tidak membebankan pengguna
- Kemasan - Mestilah menarik dan sesuai dengan fungsi dan kegunaanya
- Faktor Keselamatan - Dititikberatkan supaya produk selamat digunakan, mesra pengguna, dan mesra alam
- Nilai Komersial - Produk yang bernilai komersial seharusnya menepati kehendak dan cita rasa pengguna
1.2 Jenis Bahan dan Pengikat
1.2.1 Saiz, Sifat, dan Kesesuaian Penggunaan Bahan
1.2.1 Saiz, Sifat, dan Kesesuaian Penggunaan Bahan
- Aluminium ialah bahan logam bukan ferus yang diperoleh daripada bahan galian bauksit.
- Aluminium bersifat ringan, tidak berkarat, dan mudah dibentuk.
- Saiz aluminium yang biasa terdapat di pasaran ialah 122 cm x 244 cm dan 91 cm x 183 cm dengan pelbagai ketebalan.
- Aluminium sesuai digunakan untuk penghasilan barang perhiasan, peralatan rumah, kabel elektrik, dan bahan binaan.
- Kelebihan : Ringan, mudah dibentuk, tidak berkarat, dan mudah dipotong.
- Kelemahan : Tidak dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam.
Keluli Lembut
- Keluli lembut ialah sejenis bahan logam jenis ferus yang diperoleh daripada campuran besi dan karbon.
- Logam ini mudah dipotong, dibentuk, dibengkok, dan boleh dikimpal.
- Boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tiub, bar, dan kepingan serta pelbagai ketebalan.
- Tidak sesuai dijadikan alat pemotong kerana lembut dan tidak tajam.
- Contoh kegunaan : Bol, nat, paku, dawai, jeriji, dan pintu pagar.
- Kelebihan : Dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam.
- Kelemahan : Mudah berkarat jika tidak disapu dengan cat licau.
PVC ( Polyvinyl Chloride )
- PVC diperoleh dalam bentuk paip.
- PVC bersifat ringan, tidak berkarat, dan mudah dikendalikan.
- Saiz PVC yang biasa terdapat di pasaran berdiameter 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm, 38 mm, dan 50 mm.
- PVC dapat disambungkan dengan menggunakan soket penyambung yang sesuai dan diglukan dengan menggunakan simen pelarut atau glu PVC.
- Kelebihan : Tidak berkarat, ringan, dan mudah dikendalikan.
- Kelemahan : Tidak tahan kepanasan.
Perspek
- Perspek ialah kepingan plastik yang keras.
- Perspek terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan.
- Saiz perspek yang biasa terdapat dipasaran ialah 122 cm x 244 cm dan 61 cm x 122 cm.
- Perspek sesuai digunakan untuk membuat bentuk-bentuk model atau prototaip bagi sesuatu produk yang dihasilkan.
- Kelebihan : Mempunyai permukaan licin, berkilat, dan terdapat pelbagai warna yang menarik.
- Kelemahan : Permukaan mudah calar, keras, dan mudah pecah semasa kerja pemotongan.
1.2.2 Pengikat
Rivet
- Rivet ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal.
- Rivet diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau loyang.
- Rivet digunakan bersama riveter.
Glu Panas
- Glu panas ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek.
- Glu panas digunakan bersama hot glu gun.
- Hot glu gun menggunakan bekalan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas.
Skru Benam Sendiri
- Skru benam sendiri ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kepingan logam pada rangka atau pemidang projek dari keluli lembut.
- Skru benam sendiri akan menghasilkan cantuman yang kuat.
- Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang.
1.3 Alatan Tangan dan Mesin
1.3.1 Alatan Tangan
1.3.1 Alatan Tangan
- Digunakan untuk memotong kepingan perspek.
- Menggunakan mata pemotong khas yang boleh ditukar ganti.
Gandin Getah
- Digunakan untuk mengelakkan permukaan kepimgan logam daripada menjadi calar atau rosak.
- Digunakan untuk mengetuk dan meratakan kepingan logam.
- Kepala gandin getah diperbuat daripada getah bagi mengelakkan permukaan kepingan logm daripada tercalar atau rosak semasa melakukan kerja
Riveter
- Riveter digunakan untuk memasang rivet secara kekal pada kepingan logam.
- Digunakan untuk merivet atau mencantum kepingan logam.
Hot Glu Gun
- Hot Glu Gun digunakan untuk mencairkan batang glu panas semasa proses mengglu.
- Eleman pemanasnya memerlukan masa lebih kurang lima minit untuk mencairkan glu.
- Apabila picu ditarik, glu yang cair akan dikeluarkan.
Stapler Gun
- Digunakan untuk menyambung kepingan yang nipis dan lembut seperti kain kanvas, kulit, PVC nipis, kepingan papan lapis, MDF, dan mounting board.
- Digunakan bersama dengan pelbagai saiz dawai kokot.
- Sebelum proses menyambung dilakukan, bahagian yang hendak dicantum hendaklah dirapatkan.
- Jenis yang sesuai ialah heavy duty.
1.3.2 Mesin
Mesin Gergaji Jig
- Kegunaan :
- Memotong lengkung, bulat, dan lurus pada papan lapis, MDF, san papan.
- Memotong bahan seperti kayu, logam lembut, dan perspek.
- Mata pemotong gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi.
- Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah :
- Suis - Menghidupkan motor.
- Pemegang ( Hulu ) - Menetapkan pegangan semasa menggergaji.
- Pemandu - Sebagai panduan mengikut garisan pemotongan semasa proses menggergaji.
- Tapak - Menetapkan gergaji pada benda kerja yang dipotong.
- Pelindung - Melindungi mata pemotong.
- Kabel - Menyambungkan bekalan elektirik.
Cordless Screwdriver
- Kegunaan : Melonggar atau mengetatkan skru, Menebuk lubang kecil pada kepingan kayu dan logam dengan memasang mata gerudi pital pada rahang bindu.
- Menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula dan boleh dibawa kemana-mana tanpa wayar.
- Bahagian utama dan ungsinya adalah seperti dibawah :
- Hulu - Memegang mesin semasa kerja menskru.
- Suis - Menghidupkan motor dan melaras kelajuan pusingan bindu ( kelajuan rendah atau kelajuan tinggi )
- Pelaras arah pusingan bindu - Melaraskan pusingan bindu mesin sama ada untuk membuka atau mengetatkan skru.
- Bindu dan rahang bindu - Memegang mata pemutar skru atau mata gerudi.
- Bateri - Membekalkan arus elektrik (a.t) kepada mesin.
- Pengunci bindu - Mengetatkan cengkaman pada rahang bindu.
Sander
- Sander ini digunakan untuk kerja kemasan.
- Meratakan permukaan projek kayu.
- Membuang bahagian karat pada keluli sebelum kemasan.
- Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah :
- Pemegang - Memegang mesin semasa kerja meratakan atau melicinkan projek.
- Suis - Menghidupkan motor mesin.
- Kekunci suis - Mengunci suis semasa kerja meratakan atau melicinkan projek.
- Kabel - Menyalurkan bekalan elektrik kepada mesin.
- Tapak - Bahagian yang akan dipasangkan kertas las untuk kerja kemasan projek.
- Penyepit - Menyepit kertas las pada tapak.
1.4 Proses Reka Bentuk
1.4.1 Lukisan Projek
- Menggambarkan saiz dan bentuk sebenar projek yang hendak dibuat.
- Menentukan jenis bahan yang akan digunakan untuk membuat sesuatu projek.
Membuat Lakaran Reka Bentuk
- Lakaran dibuat dalam bentuk lakaran dua demensi (2D), tiga demensi (3D) atau perspektif.
- Lakaran 2D menunjukkan bentuk sebenar dalam dua atau tiga pandangan.
- Lakaran 3D menunjukkan gambar sebenar projek. Contohnya, lakaran oblik atau isometrik.
- Lakaran bentuk perspektif pula ialah lakaran yang menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata. Lakaran ini dilukis dalam bentuk perspektif satu titik atau perspektif dua titik.
1.4.2 Pembinaan Projek
Proses Mengukur
- Proses mengukur dilakukan untuk mendapatkan ukuran yang tepat pada setiap bahan yang akan digunakan.
- Alat pengukur seperti pembaris keluli, pita pengukur, dan sesiku L digunakan.
- Ketepatan ukuran akan menghasilkan projek yang sempurna.
Proses Menanda
- Proses menanda dilakukan setelah selesai proses mengukur bahan.
- Proses penandaan dilakukan dengan menggunakan alat untuk menanda seperti pensel, pisau penanda, sesiku L, tolok penanda, penggarit, dan penebuk pusat.












0 comment back ok!!:
Post a Comment